Program Taklimat Kempen Internet Selamat di SK Kg Baru Sirusa
29 Mei 2025 | Aktiviti Terkini28 Mei 2025 – NADI Linggi dan Kluster NADI Port Dickson bersama-sama dengan pihak MCMC Negeri Sembilan telah membuat program mengenai Taklimat Kempen Internet Selamat di SK Kg Baru Sirusa dan seramai 370 orang pelajar telah menghadirikan diri bagi progam ini.
Tujuan program ini dibuat adalah bagi menyebarkan lagi mengenai keselamatan Internet kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6 serta telah membuat pelbagai aktiviti berkumpulan dan dibantu oleh Kluster NADI Port Dickson kepada pelajar tahun 6.
Terima kasih kepada pihak SK Kg Baru Sirusa kerana sudi menjemput pihak MCMC Negeri Sembilan dan Kluster NADI Port Dickson untuk membuat program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: